Nadi Kidventure Topik Mindset Usahawan
11 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2026, telah diadakan Tayangan Video Pembelajaran NADI Kidventure Topik “Mindset Usahawan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kedua bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Topik ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan memiliki pemikiran positif, kreatif dan berdaya tahan dalam dunia keusahawanan. Peserta akan mempelajari ciri-ciri usahawan berjaya seperti berani mengambil risiko, yakin pada diri sendiri, bijak membuat keputusan serta sentiasa mencari peluang untuk berkembang. Modul ini membantu membentuk sikap disiplin, semangat tidak mudah berputus asa dan motivasi untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: